Luahan Kecewa Saiful Apek Bila Persembahan Senario Union Di ABPBH Digugurkan Atas Sebab "Sudah Tidak Ekslusif"
Kemunculan kumpulan lawak popular SENARIO sentiasa dinanti- nantikan sejak dari dulu lagi.Walaupun sudah bertahun lama kumpulan Senario tidak aktif membuat persembahan namun setiap kali mereka muncul di pentas dan kaca tv persembahan mereka sentiasa menjadi buah mulut oleh peminat dan pengikut setia kumpulan lawak ini.
Baru-baru ini kumpulan Senario disenaraikan sebagai antara artis yang akan membuat persembahan dalam acara anugerah berprestij ABPBH3.0 yang akan berlangsung pada 14 mei ini jam 9 malam secara lansung di TV3.Namun apa yangdikesalkan oleh peminat Senario ialah dalam promo yang disiar baru -baru ini , nama kumpulan Senario tidak disenaraikan.Ianya menjadi tanda tanya pada peminat- peminat Senario yang menanti persembahan mereka di ABPBH3.0 nanti.
Kekecewaan ini turut diluahkan oleh wakil senario iaitu Saiful Apek . Dalam kenyataan Saiful di akaun instagram nya, dia memberitahu bahawa pihak Berita harian ,menjelaskan bahawa persembahan kumpulan Senario terpaksa dibatalkan kerana sudah tidak eksklusif kerana muncul membuat persembahan di Anugerah Meletop baru-baru ini.
Kenyataan Saiful apek berhubung isu digugurkan dari membuat persembahan di ABPBH
"tiba2 dihujani soalan b'talu2 & b'tubi2, b'kenaan promo senarai nama2 artis yg akan t'libat dgn persembahan sempena #abpbh2017 pd 14 Mei ini.
soalan anda : "kenapa takde pun nama@senariounion #SENARIOUNION ?"
jawapan @beritaharian :
"walaupun mereka @senariounion#SENARIOUNION telah menghadiri mesyuarat / sessi brainstorming d@tv3malaysia bg m'bincangkan konsep/rangka p'sembahan, namun kami t'paksa buat keputusan utk batalkan & gugurkan pembabitan mereka (@senariounion #SENARIOUNION ) atas sebab 'sudah tidak eksklusif' kerana muncul utk p'sembahan di #ame2017tempohari, dgn menyanyikan dua lagu pilihan yg telah di pilih / dirancang awal ( Cari Tapak & Sebelum & Sesudah ), pd bulan lpas lg (April)."
jawapan sepakat kami :
"itulah bezanya antara duit dan rezeki. kami ucapkan terima kasih & mohon maaf, pd semua peminat2 kerana ini semua adalah hakikat SENARIO kehidupan. kita hanya mampu merancang & b'doa."
anyway, good luck & all d best pd @aydajebat &@dayangsayangkamu kerana masih lg 'ekslusif' & 'bebas diskriminasi' utk teruskan legasi industri. semoga اَللّهُ terus pelihara & lindungi kami dari p'aniayaan ORGANIGERGASI. sesungguhnya tiada yg lebih besar dari MU, اَللّهُ اَكْبَرُ
ape2 pun, nantikan kami di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, JB pd 10.5.2017 #SENARIOUNION#konserkomediwarna #demamsenario#senariofever 😎👍🏻 Syukur اَلحَمْدُ لِله • " - Saiful Apek-
Kenyataan pihak penganjur dianggap tidak masuk akal memandangkan sewaktu AME , Dayang Nurfaizah dan Ayda Jebat juga ada membuat persembahan namun nama mereka tidak digugurkan.
Menurut apa yang saya faham persembahan Senario digugurkan kerana menyanyikan lagu yang sudah dipilih untuk persembahan mereka di ABPBH nanti .Yang dikatakan sebagai "sudah tidak ekslusif" adalah lagu tersebut bukan nama Senario itu sendiri.Ini bermakna Dayang dan Ayda mungkin menyanyikan lagu lain dan kerana itu nama mereka masih dalam senarai artis yang akan membuat persembahan.
sekian.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih




Post a Comment