Kejam & Tiada Kasihan Belas, Isteri Dalam Pantang Parah Dibelasah Suami
Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya
nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya,
seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak
ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas
kasihan.
Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah
suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana
berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya
tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu
menghantar anak ke klinik kerana anak demam.
Dia sudah lama tidak menjenguk kami anakberanak
termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai
Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil
kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang
perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai
bomba berkenaan.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


Post a Comment