Inai Masih Merah Di Jari, Suami Sudah Kantoi Curang



Saya mahu minta pendapat dan semangat dari kaum-kaum isteri dan wanita yang pernah berkahwin. Kami baru berkahwin dua belum dan sebelum perkahwinan, saya dan suami bercinta selama 7 tahun lamanya.


Baru-bari ini saya telah dibedah sebab mengandung di luar rahim. Saya bunting pelamin, tetapi tidak kesampaian. Sekarang, saya dalam tempoh berpantang tanpa bayi dan sudah memasuki tempoh dua minggu.
Suami saya duduk di Kuantan, Pahang. Manakala, saya pula duduk di Kuala Lumpur. Selepas berkahwin, saya mahu sangat mengikut suami. Tetapi dia yang beriya-riya tidak mahu saya pergi ke tempat dia walaupun sekadar untuk berjalan-jalan. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta manakala suami saya pula merupakan seorang anggota polis di Kuantan.

Pada pagi Jumaat yang lepas, suami telah datang mengejut ke Kuala Lumpur. Dia telefon saya semasa saya berada di tempat kerja dan meminta saya untuk segera pulang ke rumah.
Pada hari Sabtu lalu, saya bermimpi suami curang dan kantoi di dalam telefon. Sabtu petangnya, saya tergerak hati untuk memeriksa telefon suami yang selama ini tidak pernah saya sentuh. Saya selongkar semua galeri dan memang tidak menjumpai apa-apa.

Namun malangnya, apabila saya memeriksa di dalam File Manager pula, saya terjumpa bukti gambar suami bersama perempuan lain di dalam keadaan yang sangat mengaibkan di dalam sent folder untuk Whatsapp.
Hancurnya hati saya. Mahu dikatakan saya ini tidak lawa, terlalu ramai lelaki yang mahukan saya. Tetapi disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang saya, saya berlaku setia dan tidak melayan lelaki lain di tempat kerja atau di mana-mana.

Apa yang hairannya. perempuan yang bersama dengan suami saya itu tidaklah lawa sangat. Tetapi saya tidak tahu kenapa suami boleh berasmara dengan dia. Suami sendiri sudah mengaku pasal isu ini. Saya sudah beritahu mak mentua saya tentang isu ini.

Sememangnya saya bertuah kerana mak mentua berpihak kepada saya. Saya bukan mahu membuka aib suami, tetapi saya buntuk dan stress. Saya minta cerai tetapi suami tidak mahu disebabkan takut malu dengan saudara mara memandangkan kami baru saya dua bulan bernikah. Inai pun masih merah di jari.

Selain itu, suami turut memberikan alasan kerana terlalu sayangkan saya. Tetapi kenapa kesetiaan diabaikan? Apa yang memedihkan bila perempuan itu menggunakan selimut kesayangan saya untuk menutupi tubuhnya yang tanpa seurat benang itu. Tolonglah, saya memang sudah tawar hati dengan suami. Saya benci dia. Saya rasa jijik bila dipeluk dia dan bila dia merayu supaya tidak meninggalkan dirinya.

Saya betul-betul tidak boleh melupakan perempuan itu. Allahu. Jahitan di perut tidak tanggal lagi, rasa ngilu dalaman pun masih sakit terasa. Hati pula pilu dihancurkan suami sendiri.

Patutlah selama ini sikapnya dingin. Banyak kali saya sudah cakap sebelum berkahwin, kalau tidak boleh teruskan perkahwinan, jangan teruskan. Tengok sekarang ini. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Jahatnya suami aku. Sampai hati nya.

Kenapa isteri daging yang halal untuk dikasihi diperlaku sedingin begini sedangkan daging yang haram itu dimanja-manjakan?

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.