Cacat Dari Lahir, Bapa Anggap Jadi Bebanan, Doktor Beri Nasihat Supaya Bayi Dibuang & Akhirnya Ini Yang Berlaku
Disebalik kejayaan seseorang pasti adanya ibu bapa yang sentiasa menyokong dari belakang. Tanpa mereka, hidup kita ibarat tiada arah. Kisah menyentuh hati ni menceritakan tentang seorang anak kurang upaya berjuang untuk terus hidup dan ingin berjaya dalam pelajaran.
Macam mana dia dapat harungi semua cabaran tu? Rahsianya adalah semangat serta dorongan yang diberikan ibunya sejak dari kecil lagi. Sekarang ni, lelaki tu telah berjaya melanjutkan pelajaran di salah satu pusat pembelajaran di dunia, iaitu di Harvard University, Amerika Syarikat.
Alami kecacatan sejak lahir

Kredit foto: SCMP
Lelaki yang bernama Ding Ding (29 tahun) mengalami penyakit kurang upaya dari lahir. Ding hampir lemas ketika komplikasi kelahiran pada 1988, dan ia menyebabkan mengalami penyakit cerebral palsy (beri kesan kepada otot, pergerakan dan tidak boleh berjalan seperti orang normal).
Doktor beri nasihat supaya ‘buang’ anak
Lebih menyedihkan lagi, bapa Ding juga bersetuju dengan nasihat doktor tersebut dan beritahu kepada Zou bahawa Ding hanya akan membawa beban pada keluarga mereka. Walaubagaimana pun, Zou ambil keputusan untuk menjaga Ding dan tak lama lepas itu, Zou dan suaminya bercerai.Untuk menanggung kehidupan mereka berdua dan rawatan untuk Ding, Zou telah membuat beberapa kerja termasuklah kerja sepenuh masa di kolej Wuhan serta jurulatih protokol dan menjual insurans sebagai kerja sambilan.
Zou punyai semangat yang kental dan tegas

Kredit foto: SCMP
Jika ada kelapangan, Zou akan adakan sesi pemulihan bersama Ding, tak kira dalam apa jua keadaan pun. Zou belajar bagaimana ingin mengurut otot tegang, iaitu salah satu simptom dalam penyakit Ding. Pada masa yang sama, Zou akan bermain permainan yang akan mencabar pemikiran Ding dan juga bermain puzzle dengannya.
Zou juga berkata dari awal bahawa anaknya akan belajar bagaimana untuk mengatasi penyakit kurang upaya secepat yang mungkin. Sebagai contoh, Ding mengalami masalah dalam menyelaraskan pergerakan tangannya, dan ia sukar untuk menggunakan pengepit (chopsticks.)
Saya tak mahu Ding berasa malu dengan keadaan fizikalnya. Oleh kerana Ding alami kecacatan di beberapa bahagian tubuhnya, saya amat tegas dengannya supaya kerja lebih keras lagi untuk mengatasi masalahnya itu.
Kini telah berjaya masuk ke Harvard University

Kredit foto: SCMP
Ding telah menamatkan pengajian dengan bachelor’s degree dari Peking University’s Environmental Science and Engineering School pada 2011 sebelum mengambil master’s degree di University’s International Law School.
Ding sering kali berkata bahawa dia sangat rindukan ibunya yang kini tinggal di Jingzhou. Dia menganggap ibunya sebagai pembakar semangat dan ibunya merupakan rakan baiknya.
Sumber: SCMP.com
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih


Post a Comment