Kisah Kejayaan Datuk Maznah Hamid .. Pengasas Syarikat Securiforce Sdn Bhd




Datuk Wira Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.



Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. 


Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.


Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.


Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.


Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 6 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

Jadi kepada anda yang pernah mengalami kegagalan mendapatkan pinjaman bank, ingatlah jangan bersedih dan imbau kisah Securiforce; bagaimana Datuk Maznah Hamid menubuhkan empayar keselamatan ini sehingga kita boleh nampak van mereka berjalan merata-rata dengan hanya bermodalkan lima ribu ringgit dan sebiji rumah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.