Jadual Pembayaran BR1M Bagi Tahun 2017

BRIM Jadual Tarikh pembayaran agihan Terkini

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya
Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki
TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BR1M 2017
Bagi setiap pemohonan yang telah diluluskan / berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2017 adalah seperti berikut
Logo BRIMJadual Dan Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia
Kategori Isi Rumah (1) / E-Kasih
Jumlah BR1M RM MYR Ringgit Malaysia1,200
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah RM MYR Ringgit Malaysia3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)


Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran Ansuran BR1M 2017
RM MYR400

Diagihkan Bermula
18.2.2017
Peringkat
Fasa 1

RM MYR400

Diagihkan Bermula
Jun 2017
Peringkat
Fasa 2

RM MYR400

Diagihkan Bermula
Ogos 2017
Peringkat
Fasa 3


Kategori Isi Rumah (2)

Jumlah BR1M RM MYR Ringgit Malaysia900
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah RM MYR Ringgit Malaysia3,001 hingga RM MYR Ringgit Malaysia4,000 (termasuk warga emas)


Jadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran Ansuran BR1M 2017
RM MYR300

Diagihkan Bermula
18.2.2017
Peringkat
Fasa 1

RM MYR300

Diagihkan Bermula
Jun 2017
Peringkat
Fasa 2

RM MYR300

Diagihkan Bermula
Ogos 2017
Peringkat
Fasa 3


Kategori Individu Bujang 21 Tahun Ke Atas

Jumlah BR1M RM MYR Ringgit Malaysia450
Pendapatan Kasar Bulanan RM MYR Ringgit Malaysia2,000 dan kebawah

Cara Pembayaran Diterima Adalah Sekali gus
RM MYR450

Diagihkan Bermula
18 Februari 2017
UpdatePembayaran BR1M 2017 Fasa 1 (Rasmi)
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara baucar akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai 18 Feb kepada penerima yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank di mana baucar BR1M tersebut akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran secara terus ke akaun bank kepada penerima yang memilih BR1M disalurkan menerusi akaun simpanan Bank masing-masing akan dibuat bermula hari Rabu, 22 Februari. Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
Status “Dalam Proses”
Bagi bakal penerima BR1M 2017 yang permohonan memaparkan status “Dalam Proses” diharap bersabar kerana sebanyak 3,123,950, permohonan masih dalam peringkat Proses Semakan / Verifikasi Kelayakan dan ia dijangka akan selesai pada 28 Februari 2017
Sila membuat semakan status anda semula bermula pada 28 Februari ini bagi mengetahui sama ada permohonan baru atau kemaskini anda diluluskan atau tidak
InfoNota
Tarikh yang tepat pengkreditan duit BR1M kepada penerima akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Pemohon disarankan melayari Portal Rasmi e-BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dalam Portal rasmi tersebut
Sila ambil perhatian terhadap setiap pemberitahuan Peringatan yang dinyatakan dalam Portal Rasmi e-BR1M. Jadilah pengguna internet yang bijak dengan mendapatkan maklumat dari sumber yang tepat dan sahih
Selain itu, tarikh tersebut turut akan dikemaskini oleh MYsumber dalam ruangan jadual di atas serta maklumat terkini yang berkaitan. Harap maklum
Agihan BR1M 2017 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera
Pengkreditan Duit BR1M 2017 Dan Info Berkaitan
Duit BR1M 2017 Masuk Dalam Akaun Penerima
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar
Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M
Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Cara Buat Semakan Status Permohonan / Kemaskini
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
Sila Klik LinkSemakan Keputusan Status Kelulusan Permohonan / Kemaskini BR1M 2017 Secara Online
Hubungi Talian Bantuan
Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.