Isteri Tanya Benarkah Shah Iskandar Pegang Tangan Uqasha Senrose, Ini Respon Shah Iskandar
Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz tampil memberi kenyataan tentang isu gosipnya dengan Uqasha Senrose.
Pelakon ini menjelaskan sebenarnya tiada hubungan istimewa antara beliau dengan Uqasha Senrose.
Shah Iskandar hanya menganggap pelakon wanita jelita itu seperti adiknya sendiri.
Apatah lagi jarak umur mereka baginya agak jauh iaitu 10 tahun berbeza.
Walaubagaimanapun isteri Shah Iskandar, Siti Sarah tidak mudah melatah atau berfikiran negatif tentang gosip panas itu.
Ini komen Shah Iskandar:
"Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.
"Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?
Pada minggu lalu, gosip antara Uqasha Senrose dan Shah Iskandar menjadi bualan ramai.
Sumber: BH
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Post a Comment