Cristiano Ronaldo Miliki Lapangan Terbang Sendiri



Tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah di samping satu kejuaraan Euro 2016, pemain bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo seperti sudah memiliki segala-galanya.
Bagaimanapun, tarikh 30 Mac 2017 menjadi detik keramat dalam kariernya apabila dia memiliki lapangan terbang antarabangsa sendiri.

Lapangan terbang Madeira, Portugal, secara rasminya telah ditukarkan nama sempena pemain berusia 31 tahun itu.
Upacara perasmian tersebut dihadiri ribuan peminat yang hadir bagi memeriahkan lagi detik bersejarah tersebut.

Untuk rekod, bekas pemain Manchester United itu telah pun memiliki tugu, muzium serta kompleks hotel yang dinamakan sempena namanya sekaligus meletakkan Ronaldo individu paling berjaya di Madiera.
Sumber: Astro Gempak

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.