Boleh Uji Kualiti Sperma Menggunakan Telefon Pintar



Peranti telefon pintar baru direka bagi membolehkan menganalisis kualiti sperma lelaki untuk mengetahui tahap kesuburan mereka.
Menurut penyelidik Amerika Syarikat, golongan lelaki boleh mengetahui sama ada mereka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam masa beberapa minit saja.
Kajian mendedahkan, masalah kemandulan menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia.
Teknologi itu bertujuan memudahkan golongan lelaki untuk menguji sperma mereka di rumah.
“Selama ini lelaki perlu menyediakan sampel air mani di hospital. Situasi in menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan,” katanya penyelidik.
Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.
Sumber: mystar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.