2 Lif, 2 Kereta Mewah, 500 Tan Berat Bagasi, 1500 Orang- Ini Cara Raja Arab Saudi Travel Dengan Mewah

Sebelum ni kita semua sedia maklum bahawa Raja Salman bin Abdul Aziz al-Saud telah berkunjung ke Malaysia. Selain dari Malaysia, Pemimpin Arab itu juga membuat lawatan ke Indonesia selama sembilan hari di negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu.
Raja Salman akan menghabiskan beberapa hari di Jakarta dan Jawa Barat sebelum menuju ke pulau pelancongan yang popular di Bali. Menurut Media, apa yang menariknya tentang Raja Salman ini, bila dia melancong, dia akan melancong dengan sangat mewah.
Terbang bersama kereta mewah dan lif

Sumber foto: Google Images
Menurut laporan Jakarta Post, Presiden perkhidmatan lapangan terbang syarikat PT Jasa Angkasa Semestar, Adji Gunawan berkata Raja Salman akan diterbangkan dengan 459 tan metrik bagasi iaitu kira-kira 505 tan AS. Antara yang dibawa dalam bagasinya ialah dua Mercedes-Benz S600 dan dua lif elektrik free standing.

Sumber foto: Google Images
Menurut alporan Reuters, pada tahun 2015 pemasangan elevator Raja Salman di salah satu pantai di Perancis telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan. Mereka juga membantah untuk pemasangan serta penutupan pantai.
Kelihatan orang duduk dan berdiri di tepi pantai sambil pekerja-pekerja membuka dan memasang lif di pantai awam berdekatan dengan Vila Raja di tepi pantai Golfe-Juan di Vallauris, tenggara Perancis pada 3 Ogos 2015.
Adakah itu semua untuk Raja Salman?

Sumber foto: Google Images
Tambah Adji Gunawan dari JAS berkata bahawa dia telah mengerahkan 572 anggota kakitangan untuk mengendalikan perjalanan Raja Salman itu.

Sumber foto: Google Images
Dan semoga berjaya untuk sesiapa yang bercuti di Jakarta pada waktu tu kerana Raja Salman dan rombongannya yang lain dilaporkan telah menempah dalam beratus-ratus bilik di empat hotel yang paling mahal dan eksklusif di bandar. Termasuk lah Ritz, Raffles dan Marriott.
Sumber: CNN
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Post a Comment