'Jujurnya saya takut dengan kematian' - Aliff Syukri kurangkan aktiviti sosial, mula solat jemaah dengan keluarga



Ahli Perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui timbul rasa takut dalam dirinya selepas melihat ramai rakan-rakannya meninggal dunia di usia muda. 


Dan disebabkan itu, dia kini mengurangkan aktiviti bersosial dan mengamalkan gaya hidup sihat dan buat amal ibadah. 


"Jujur saya beritahu, saya takut dengan kematian. Saya takut dengan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat. 


"Saya nak kurangkan bersosial, nak banyakkan makan makanan sihat. Banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau saya mati nanti ada benda nak dikenang," katanya memetik laporan daripada mStar Online, 5 Mei 2023. 


Sebagai permulaan, Aliff kini mula solat berjemaah bersama keluarga dan mengajar anak-anaknya mengenai selok-belok urusan perniagaannya. 


"Jujurnya saya kini sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan sekarang ini saya cuba untuk membaca al-Quran bagi mendekatkan diri dengan Allah. 


"Saya nak pastikan anak-anak saya sudah mula pandai berbisnes kerana saya mahu tarik diri, saya nak relaks dekatkan diri dengan Allah. 


"Sekarang ini dunia saya terlalu sibuk. Bila saya tengok kawan-kawan saya yang meninggal dunia awal, pelakon-pelakon lain yang telah menghadap Ilahi, saya tergerak untuk meninggal dalam keadaan yang tenang dan tidak mahu dikecam," katanya. 


Dalam pada itu, Aliff bersyukur hidupnya tidak terlalu berlebihan. Walaupun dia dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah, tetapi baginya itu adalah satu dugaan dan begitu juga menganggap kemiskinan itu juga sebagai satu ujian. 


Justeru, Aliff menyeru orang ramai untuk bersama-sama membuat kebaikan di luar sana mengikut kemampuan masing-masing sama ada dari segi wang ringgit atau tenaga. 


Sumber: mStar Online


Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.