'Nombor di klinik adalah nombor panggilan, bukan nombor giliran' - Ramai yang salah faham, sila baca penjelasan doktor ini
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita kerap merungut apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan. Bagi yang kurang kesabarannya, bertindak merakam dan kemudian viralkan di media sosial dengan melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak wajar.
Sedangkan, nombor yang diberi oleh pihak klinik itu bukanlah nombor giliran, sebaliknya nombor panggilan. Untuk pemahaman yang lebih lanjut, baca penjelasan Doktor Nimelesh ini dan semoga anda faham dengan sistem yang digunakan.
Sedangkan, nombor yang diberi oleh pihak klinik itu bukanlah nombor giliran, sebaliknya nombor panggilan. Untuk pemahaman yang lebih lanjut, baca penjelasan Doktor Nimelesh ini dan semoga anda faham dengan sistem yang digunakan.
NOMBOR di klinik adalah nombor panggilan, bukan nombor giliran.
Sekali lagi, orang tak faham sistem di klinik dan kerap kali staf kesihatan termasuk PPP dan Misi menjadi mangsa keadaan. Sudah berapa kali kami mendengar tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap kami.
Setiap klinik mempunyai sistem dia tersendiri. Sebab itu tolong rujuk dengan klinik masing-masing.
Di klinik saya, kami ada lima jenis nombor. Nombor yang bermula dengan 1XXX adalah untuk kes-kes yang melibatkan prsedur seperti dressing, pengambilan darah dan lain-lain.
Nombor yang bermula dengan 2XXX dalah untuk kes-kes temujanji.
Nombor yang bermula dengan 3XXX adalah untuk kes-kes 'walk in', kes-kes pesakit luar, demam dan lain-lain.
Nombor yang bermula dengan 4XXX adalah untuk klinik ibu dan anak dan nombor yang bermula dengan 5XXX adalah untuk R lane, laluan khas untuk orang yang memerlukan.
CONTOH PERTAMA
Kes temujanji ramai. Pukul 8 pagi, nombor 2XXX telah capai 2028 contohnya. Ada seorang pesakit demam datang dan mengambil nombor 3001. Seperti biasa, pesakit temujanji kes kencing manis, darah tinggi akan disaring di bilik khas mereka. Pemeriksaan biasanya dilakukan dengan teliti dan akan mengambil masa.
Pesakit nombor 3001 ini disaring di kaunter primary triage (saringan pertama) dan terus dihantar ke bilik doktor untuk pemeriksaan.
Sudah tentu kami akan panggil nombor tersebut terlebih dahulu untuk tidak melengahkan masa. Kalau tak tengok pesakit cepat pun akan jadi viral juga, kan?
CONTOH KEDUA
Pesakit nombor 3006 datang dengan demam biasa (pemeriksaan di triage: beliau tiada demam dan bacaan tekanan darah semua stabil). Manakala pesakit nombor 3007 datang dengan sakit dada. Takkan nak layan 3006 dulu dan biarkan pesakit nombor 3007 pengsan di situ?
CONTOH KETIGA
Pesakit ibu hamil nombor 4002. Semasa pemeriksaan oleh jururawat, didapati darah dia (HB) rendah sangat. Pesakit tersebut dihantar ke makmal untuk ujian darah.
Patutkah kita biarkan pesakit 4003 tunggu di situ sampai kes 4002 itu selesai sebelum layan nombor 4003?
Sebagai seorang pesakit, kita perlu ingat bahawa penjagaan kesihatan ini merupakan satu ibadah dan sama seperti menunaikan ibadah lain. Kita kena konsisten dalam menjaga adab-adab sehingga selesai ibadah tersebut.
Maka ini menuntut kesabaran dalam menghadapi perasaan negatif yang sentiasa cuba menyelinap ke dalam hati bagi meninggalkan segala kesempurnaan itu.
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh" (Surah Al-Ankabut).
Info menarik: Di negara-negara maju seperti United Kingdom, anda tidak boleh pergi ke klinik tanpa sebarang temujanji. Bertuah kan kita di Malaysia, boleh pergi ke klinik pada bila-bila masa.
Pastikan anda melakukan persediaan sebagai seorang pesakit juga.
Untuk yang ada temu janji, datang ikut temujanji, bukannya sesuka hati. Kala temujanji pukul 10, tapi datang pukul 6 pagi, anda tidak berasa kasihan terhadap pesakit yang slotnya merupakan slot pertama?
Disebabkan anda, slot itu mungkin penuh dan akan menyebabkan masa menunggu lebih lama. Sekiranya tidak dapat datang ikut masa, panggil klinik kesihatan terlebih dahulu untuk tunggu waktu temujanji. Bertanya sama ada anda perlu untuk mengambil ujian darah. Jika tidak perlu, tak payah puasa semata-mata nak mengawal paras gula sebab jumpa doktor pada hari itu. Kalau dah rasa hipo sikit, pesakit senang cepat marah.
Bersiap sedia sekiranya kena tunggu lama. Sifat kita ini, macam ni. Kalau nak menunggu untuk benda yang kita suka, kita tak akan complaint. Tengok saja, ada ke orang pernah complaint tunggu lama sebab nak beli iPhone baru?
Sekiranya ada perkara yang musykil, bertanya kepada staf kesihatan. Sekiranya tidak puas hati, buat aduan mengikut cara yang betul. Sabar adalah separuh daripada iman.
Sumber: Dr. Nimelesh
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Post a Comment