4 Gambar Ruhainies - Belum Sedia Tutup Aurat Walau Sudah Balik Umrah



Biarpun sudah mengerjakan ibadah umrah pada Febuari lalu, Ruhainies memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk menutup aurat. Walaupun ramai yang berharap pelakon itu mula berhijab namun bagi Ruhainies, biarlah hidayah itu dapat sendirinya tanpa dipaksa.


“Orang akan kata balik umrah kena bertudung dan tutup aurat. Saya tetap akan jaga tingkah laku dan pemakaian agar tidak terlalu terdedah. Saya pun dari dulu tidak terlalu seksi. Saya akan lebih menjaga selepas ini sebab orang pun sudah tahu saya pergi umrah”


“Benda ini isu sensitif tetapi kalau hidayah itu sampai, saya terbuka. Saya pergi ke sana dua minggu. Tetapi mak dan ayah saya pergi dahulu, saya pergi dengan produksi seminggu selepas itu. Saya pun sudah lama merancang untuk bawa orang tua ke Mekah. Kebetulan saya ada penggambaran, jadi saya bawa mereka ke sana,” katanya kepada Projek MMO.

Terdahulu, Ruhainies bersama kedua orang tuanya telah berlepas ke tanah suci bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen. Disamping itu, mereka turut tidak melepaskan peluang untuk mengerjakan ibadah umrah ketika di sana.






Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No comments

Powered by Blogger.